Siakap Keli

(Video)Eksperimen Pelik ‘Photostat’ Air, Tak Pasal-Pasal Memancur Keluar Macam Mata Air

Pernah terfikir apa yang bakal terjadi sekiranya cuba mencetak sejumlah air dengan menggunakan mesin cetak. Sememangnya kedengaran agak mustahil untuk dibuktikan, namun satu rakaman video yang dikongsikan di ruangan Twitter sangat mengagumkan ramai orang.

Mesin cetak digunakan untuk membuat salinan dokumen dalam bentuk kertas supaya ianya boleh diedarkan kepada lebih ramai orang ataupun untuk tujuan simpanan. Mesin cetak sememangnya memberikan kemudahan kepada pekerja terutamanya yang melibatkan urusan-urusan menggunakan dokumen.

Menerusi satu perkongsian di laman Youtube Ceapa Cool, satu rakaman memaparkan eksperimen mencetak air sehingga memberikan ‘result’ yang sangat menakjubkan.

Setelah butang cetak ditekan dan mesin cetak mengesan air, sangat mengejutkan apabila air keluar terpancut daripada mesin tersebut dengan derasnya. Perkara tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang hairan melihat air yang lebih banyak daripada yang dituang pada permukaan mesin tersebut.

Pun begitu, rata-rata warga Twitter di ruangan komen nyatanya terhibur melihat rakaman tersebut. Malah, ada yang mencadangkan untuk mencetak perkara lain seperti duit, cendol dan manusia agar dapat menghasilkan salinan yang lebih banyak.

Sememangnya mesin cetak digunakan untuk membuat salinan kertas dengan lebih banyak. Namun, bagi mencetak benda seperti air adalah mustahil untuk mendapatkan lebih banyak air. Pun begitu, rata-rata netizen sangat terhibur dan tersedar fungsi sebenar mesin itu.

Sumber: ibcig

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra