Siakap Keli
Kredit Foto: Life Hacker

(Video) Elak Asyik Makan Hati, Ini Cara Nak ”Handle” Kawan ‘Talam Dua Muka’

Kawan merupakan individu yang rapat dan mengenali kita tanpa mempunyai ikatan kekeluargaan. Kawan juga merupakan tempat dimana kita sering meluahkan perasaan dan berkongsi segala-galanya.

Walau bagaimanapun, jangan meletakkan segala kepercayaan kepada kawan yang kita miliki.

Hal ini kerana, kita mungkin memiliki ramai kawan dikala kita senang. Namun tidak semua kawan akan menghulurkan bantuan ketika kita dilanda kesulitan.

Selain itu, kita juga tidak akan terlepas untuk mengenali kawan yang mempunyai talam dua muka. Talam dua muka membawa maksud seseorang yang bersikap berpura-pura atau bermuka-muka kepada dua belah pihak.

Ikuti perkongsian daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah melalui The Rohani untuk berdepan dengan manusia yang mempunyai sifat talam dua muka.

  • Jangan terus membenci mereka

Seseorang yang mempunyai sifat talam dua muka ini mungkin disebabkan beberapa perkara yang berlaku ke atas dirinya. Sebagai seorang kawan, kita janganlah terus menghukum mereka dengan terus membenci golongan ini.

Sebaliknya, dengan rasa rendah diri,  berdoalah supaya mereka lembut hati untuk berubah supaya mereka akan sedar dengan kesalahan diri mereka.

  • Tegas dengan individu tersebut

Selain itu, menegur seseorang yang mempunyai sifat talam dua muka juga sangatlah digalakkan supaya mereka tidak terus terjebak dengan tingkah laku yang salah itu.

Cuba untuk mengajak beberapa kawan yang lain untuk turut menegur dirinya supaya berubah ke arah yang lebih baik.

Walaupun ianya perit dan mungkin akan menyinggung perasaannya, namun ianya mungkin mampu untuk menyedarkan dirinya mengenai kesilapan yang dilakukan.

Berikan sedikit pujian ke atas dirinya dan tegur dengan cara yang berhemah supaya dia tidak terasa tersisih dan berubah dengan sikap tersebut.

  • Berhati/berwaspada ketika berkongsi sesuatu

Berwasapadalah terhadap apa anda kongsikan bersama orang yang mempunyai sifat talam dua muka ini. Hal ini mungkin akan menjadi rumit apabila maklumat yang dikongsi akan tersebar dek kerana sifatnya itu.

Selain itu, jauhi diri dengan golongan seperti ini dengan niat untuk mendidik bukan untuk membenci. Apabila ramai orang disekelilingnya menjauhi dirinya, dia akan rasa terdapat kesalahan yang harus diperbetulkan dalam dirinya.

CARA 'HANDLE' KAWAN TALAM DUA MUKA

Yang jenis tikam belakang ini, ada di mana-mana.

Posted by The Rohani on Sunday, 19 January 2020

Sumber: The Rohani

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.