Kucing boleh dikatakan sebagai haiwan yang paling banyak dipelihara terutamanya di Malaysia. Selain sifatnya yang manja, kucing juga mempunyai pelbagai ragam yang boleh menghiburkan manusia terutama pemeliharanya.
Tular satu rakaman memaparkan gelagat dua ekor kucing di salah sebuah pantai yang dipercayai di Hue, Vietnam menunjukkan seekor kucing sedang mengheret seekor kucing lain di kawasan pantai itu.
Sepasang kucing yang diikat bersama itu nampaknya mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Apa tidaknya, sikap bersungguh seekor kucing yang berjalan di hadapan sambil mengheret rakannya sangat berbeza dengan sikap kucing ‘pemalas’ itu.
https://www.facebook.com/watch/?v=2577846199163474
Setelah diheret beberapa meter, kucing ‘pemalas’ itu nampaknya masih belum bangun untuk berjalan dengan sendirinya. Ada juga seketika, kucing yang berada di hadapan berhenti seketika berkemungkinan untuk berehat.
Setelah beberapa meter diseret, kucing ‘malas’ itu akhirnya bangun dan berjalan dengan sendirinya. Hanya beberapa langkah menapak, kucing ‘malas’ itu kembali terduduk.
Gelagat yang dipamerkan oleh kedua-dua ekor kucing tersebut sangat menghiburkan terutamanya bagi golongan pencinta kucing.
Sumber: Daily Mail