Siakap Keli

“Aku Akan Menyusul Bila..” – Lok U

Berita mengenai pemergian pemuzik terkenal, Faizal Uzir atau lebih mesra dikenali sbagai Lok U telah menggemparkan dunia industri pagi tadi.

Arwah yang dikatakan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10 pagi dipercayai mengalami sesak nafas selepas pulang daripada jogging.

Menjengah ke ruangan Twitter pemuzik tersebut, satu kiriman arwah pada bulan September lalu seakan-akan petanda pemergiannya pagi tadi. Menerusi tweet tersebut, arwah meluahkan rasa luluh hatinya susulan pemergiaan dua sahabat baik dalam masa terdekat.

Aku akan menyusul bila tiba masanya

Dalam ciapan yang sama, arwah juga ada menyatakan bahawa dia akan menyusul dua rakan baiknya itu apabila tiba masanya.

Rakan arwah, Kelly atau nama sebenar Wan Kelly Abdul Rahman telah menghembuskan nafas terakhir pada Mei lalu manakala Fauzi Samin atau mesra dikenali Aji meninggal dunia pada September lalu. Pemergian kedua-dua anak seni itu dirasai oleh rakan karib mereka dan diluahkan menerusi ruangan Twitter.

Sumber: faizaluzir

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.