Siakap Keli

Amerika Syarikat Sahkan Kes Pertama Coronavirus, Kuarantin Pesakit Baru Pulang Dari China

Amerika Syarikat mengesahkan kes pertama virus misteri yang berasal dari Wuhan, China telah sampai ke negara itu, lapor Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) pada selasa.

Coronavirus itu telah pun menjangkiti ratusan orang dan sehingga kini telah dilaporkan membunuh seramai 6 orang di Asia.

Wakil CDC menyatakan bahawa, Amerika Syarikat akan mengawal dengan lebih ketat lagi berkenaan dengan imbasan kesihatan di lapangan terbang mereka khususnya bagi penumpang yang datang daripada Wuhan.

Pesakit yang tidak didedahkan namanya itu telah diasingkan di Providence Regional Medical Center yang terletak di Everett, Washington. Pesakit tersebut berumur dalam lingkungan 30-an dan menetap di Snohomish Cpunty, Washington.

Dia dilaporkan telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma pada 15 Januari lalu, sebelum AS mula memasang imbasan kesihatan di semua lapangan terbang mereka.

CDC dan Washington kini sedang mengesan orang-orang yang pernah berinteraksi dengannya bagi mengekang virus itu daripada merebak dengan lebih meluas lagi.

“Kami percaya bahawa risiko kepada awam adalah sangat rendah,” ujar setiausaha kesihatan negeri Washington, John Wiesman.

Pesakit tersebut telah dilaporkan tidak sihat selama 4 hari selepas mendarat di Amerika Syarikat dan sedang dirawat. Berdasarkan simptom yang dialami pesakit itu serta rekod perjalanannya, para doktor mengesyaki bahawa dia telah dijangkiti dengan coronavirus dari Wuhan itu dan telah menghantar spesimen kepada CDC di Atlanta, dimana ujian yang dibuat pada Isnin telah mengesahkan virus tersebut.

Pesakit dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga, kata pegawai kesihatan.

Sumber: CNN

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.