Siakap Keli

Azizulhasni Awang Kini Ranking No.1 Dunia Acara Keirin

Jaguh lumba basikal trek negara iaitu Azizulhasni Awang pada hari ini telah membanggakan Malaysia sekali lagi apabila menduduki tempat pertama dalam ranking terkini bagi acara Men Elite Keirin.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh Facebook rasmi Team Malaysia, Azizulhasni telah dimahkotakan dengan gelaran pelumba terbaik dunia selepas berjaya memintas kedudukan yang diduduki pelumba dari Jepun iaitu Yudai Nitta.

Beliau yang juga dikenali dengan gelaran “The Pocket Rocket Man” telah berjaya menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut selepas mengutip sebanyak 2,560 mata dengan meninggalkan pesaingnya itu sebanyak 9 mata.

Kedudukan tersebut sekali gus dapat memberi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa sebutir pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal disumbangkan menerusi acara trek berbasikal.

Syabas buat Azizulhasni Awang!

Sumber: Team Malaysia/UCI Track

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.