Seorang lelaki British berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 63.5kg dalam masa setahun selepas bermain permainan Pokemon Go.
Seorang pelajar universiti di London, Tommy Monkhouse pada mulanya mempunyai berat badan mencecah 158kg.
Namun dia telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 63.5kg dalam masa setahun setelah mula bermain permainan Pokemon Go.
Permainan tersebut telah menyebabkan dirinya menghabiskan masa selama 20 minit-30 minit sahaja pada mulanya.
Setelah menyertai satu komuniti Pokemon Go, dia telah menghabiskan masa sehingga berjam-jam lamanya bersama komuniti tersebut untuk bermain permainan itu.

Selain itu, dia juga telah berjalan kaki sehingga 20km sehari ketika bermain permainan tersebut.
Dalam masa setahun, dia telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 63.5kg.
Sumber: Tommy Linford Monkhouse, Mothership