Siakap Keli
Kredit Foto: Thats Life

Untung Simpang Bekas Makanan, Koleksi ‘Rare’ CorningWare Dijual Dengan Harga RM40 Ribu

Ramai golongan ibu-ibu yang minat untuk mengumpul pinggan mangkuk yang cantik-cantik terutama koleksi yang dikeluarkan oleh CorningWare.

Hal ini mungkin kerana koleksinya yang unik dan cantik mampu menarik minat golongan wanita terutama bagi mereka yang mempunyai hobi mengumpul pinggan mangkuk yang menarik.

Bahkan ada saja diantara mereka yang sanggup membelanjakan wang ringgit yang banyak untuk mendapatkan koleksi yang menarik.

Jangan terkejut dengan harga CorningWare yang dikeluarkan pada tahun 70-an kini dijual dengan harga setinggi RM40 000 di eBay.

Kredit Foto: Thats Life

Menururt pakar porselin, Dean Six, terdapat koleksi CorningWare yang tidak banyak dihasilkan dijual dengan harga 7000 USD (RM28 000) di aplikasi eBay.

Namun begitu, tidak semua harga CorningWare dijual dengan harga yang sama.

Corak Cornflower merupakan reka bentuk bunga biru adalah corak yang paling biasa tapi dijual dengan harga yang agak tinggi.

Kredit Foto: Thats Life

Selain itu, corak Wildflower yang telah dikeluarkan pada tahun 1977-1984 dan corak Floral pada tahun 1971-1975 dijual dengan harga mencecah 10 000 USD (RM40 000).

Jadi jangan terkejut jika koleksi yang terdapat dirumah anda juga mempunyai nilai yang tinggi seperti koleksi-koleksi diatas.

Sumber: Thats Life

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.