Siakap Keli

WHO Isytihar Koronavirus Wabak ‘Kecemasan Kesihatan Awam’

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan kecemasan antarabangsa mengenai kebimbangan dunia selepas sembilan orang meninggal dunia akibat koronavirus Wuhan.

Setakat ini, Thailand, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat melaporkan kewujudan kes virus tersebut serta lebih dari 440 orang dipercayai dijangkiti di China iaitu dimana virus itu bermula.

Langkah berjaga-jaga telah diambil pada minggu ini setelah berjuta-juta orang melancong kerana Tahun Baharu Cina pada minggu ini.

Ini menjadi deklarasi kecemasan kelima yang dikeluarkan oleh WHO dengan amaran pertama yang berkaitan dengan wabak selesema babi pada tahun 2014 yang membunuh lebih daripada 200,000 orang.

Jumlah kes polio yang tinggi di Pakistan dan Afghanistan juga menyebabkan kecemasan pada Mei 2014 dan kemudian pada tahun itu satu lagi perisytiharan dikeluarkan kerana wabak Ebola.

Kejadian terakhir yang diisytiharkan sebagai kecemasan adalah virus Zika pada tahun 2016.

Koronavirus Wuhan telah dinamakan sempena bandar di China iaitu di mana kes pertama dilaporkan, di wilayah Hubei.

Sumber: Metro.co

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.