Siakap Keli

Model Hijabista Buka Tudung Dikecam, Artis Antarabangsa Tampil Beri Sokongan

Tular di media sosial Twitter, seorang model hijabista terkenal negara yang dikatakan membuka hijab ketika bercuti bersama rakan-rakannya di negara jiran, baru-baru ini.

Gambar tersebut yang dimuat naik oleh seorang netizen di Twitter, tersebar secara meluas sejak petang tadi apabila dikongsikan oleh rata-rata netizen dan pengikut beliau.

Setelah menerima kecaman bertubi-tubi oleh warganet, gadis berkenaan dilihat tampil menjawab dengan memberikan kenyataan di atas tindakannya itu.

Dia yang mengakui kesalahannya turut memberikan penjelasan mengapa dia berbuat sedemikian.

Malah, penyanyi Antarabangsa, Ali Gatie, juga tampil memberikan sokongan kepada beliau.

”Kita semua adalah manusia..”

 

Netizen bukan sahaja terkejut dengan status yang dibuat oleh penyanyi ini, tetapi turut berseloroh bahawa Ali Gatie sebenarnya menyimpan perasaan kepada gadis berkenaan.

Mati-mati aku ingat ‘fake account’ rupanya ‘real’

Bukan biasa-biasa

Aku syak mamat ni minat dia

Kena lawa dulu ke baru nak ‘backup’?

Sumber : Twitter Ali Gatie

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra