Siakap Keli

Saraf Rosak Teruk Sampai Jadi Lumpuh, Didakwa Didera Ibu Bapa Kandung

Seorang budak lelaki dipercayai telah menjadi mangsa penderaan ibu bapa kandungnya hingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kerosakan saraf yang teruk.

Mangsa dikatakan mengalami banyak kesan luka dibahagian badan dan kecederaan teruk dibahagian kepala.

Menurut keluarga angkat mangsa yang merawatnya, setelah membuat pemeriksaan doktor didapati anak malang itu telah didera oleh ibu bapa kandungnya.

Beliau telah menerima rawatan di hospital selama satu bulan dan dikatakan telah terlantar empat bulan yang lalu.

“Kecederaan dia yang paling teruk di kepala, menurut doktor terdapat pembekuan darah dibahagaian otak kerana objek tumpul”, kata ibu angkatnya.

Tambah ibu angkatnya lagi, kesan pembekuan darah yang terdapat di otak mangsa mungkin menyebabkan mangsa terpaksa terlantar dan tidak dapat disembuhkan.

Namun begitu, beliau mengharapkan keajaiban akan berlaku untuk kesembuhan anak angkatnya itu. Kini anak angkatnya itu dikatakan diberi rawatan dengan ubatan tradisional.

Sumber: Tribunnews

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)