Siakap Keli
Kredit Foto: Gizbot

Asyik Bermain PUBG, Lelaki Diserang Strok & Meninggal Dunia

Terlalu ketagih bermain sesuatu permainan juga akan memberikan kesan yang tidak baik untuk seseorang individu. Hal ini mungkin dapat menjejaskan kesihatan mata kerana terlalu lama menggunakan barangan elektronik seperti telefon bimbit ataupun laptop.

Minat terhadap sesuatu permainan seperti PUBG ini tidak salah, namun ianya harus dikawal supaya tidak mendatangkan kerugian terhadap diri seseorang individu tersebut.

Seorang lelaki yang berusia 25 tahun berasal dari Maharashtra, Punei, India tiba-tiba diserang stroke ketika sedang leka bermain permainan PUBG menggunakan telefon bimbitnya.

Kredit Foto: India Glitz

Dia segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan mendapati terdapat pendarahan pada bahagian otak telah meninggal ketika menerima rawatan di sebuah hospital di India.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai polis, keghairahan yang melampau merupakan punca utama yang menyebabkan kematian.

Sebelum ini, seorang lelaki terminum cecair pencuci ketika leka bermain PUBG.

Dia yang sedang bermain PUBG terasa haus lalu mencapai sesuatu yang disangka minuman sehingga menyebabkan kematiannya.

Selain itu, seorang lelaki berusia 21 tahun telah memenggal kepala bapanya kerana tidak melarangnya bermainan tersebut.

Hal ini telah menyebabkan sedikit sebanyak memberi pandangan buruk masyarakat mengenai permainan berkenaan.

Sumber: Gizbot, India Glitz

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.