Siakap Keli

Pakar Beri Amaran Koala Mungkin Pupus Dalam Tempoh 30 Tahun

Kebakaran hutan di Australia masih belum lagi terhenti walaupun hujan lebat telah turun membasahi beberapa kawasan di negara terbabit.

Masyarakat dunia perlu lebih prihatin kepada nasib haiwan-haiwan yang terjejas di dalam kebakaran tersebut apabila pakar berkata bahawa koala mungkin akan pupus dalam jangka masa 30 tahun.

Kira-kira satu bilion haiwan telah terkorban dalam krisis kebakaran hutan yang telah memusnahkan negara tersebut sejak Oktober.

Lebih daripada separuh populasi koala telah terbunuh dalam kebakaran yang berlaku di Pulau Kangaroo dan pakar-pakar memberi amaran bahawa spesis tersebut mungkin akan pupus menjelang tahun 2050.

Professor Christopher Dickman di Universiti Sydney berkata lebih daripada 100 spesis tumbuhan dan haiwan yang berisiko untuk pupus gara-gara pemantauan yang lemah.

Dana Hidupan Liar Dunia (WWF) telah menganggarkan menjelang tahun 2050, koala mungkin terhapus di sepanjang timur Australia.

Bilangan koala di Queensland dan New South Wales juga telah menurun dengan ketara lebih tiga dekad.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra