Siakap Keli

‘Upgrade’ Dari Gred G Ke A, Mira Filzah Kongsi ‘Rahsia’ Belajar Hingga Boleh Dinobat Pelajar Cemerlang

Bergelar sebagai seorang pelajar cemerlang terutamanya di sekolah sememangnya diimpikan oleh kebanyakan pelajar. Apa tidaknya, selain dapat meningkat mutu peribadi sendiri, pencapaian itu juga dapat membanggakan kedua-dua ibu bapa dan keluarga. Begitulah yang dicapai oleh selebriti terkenal tanah air, Mira Filzah yang pernah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang pada tahun 2010. Sememangnya, dia juga mengakui bahawa tidak mudah untuk menguasai subjek-subjek killer terutamanya dalam aliran Sains Tulen.

Pun begitu, melihat kepada senario pendidikan pada masa kini, terdapat sesetengah pelajar sudah tidak berminat untuk menimba ilmu terutamanya dalam bidang sains tulen. Kalau dengar subjek seperti Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Biologi pasti akan membuatkan pelajar-pelajar kecut perut membayangkan soalan peperiksaan yang sukar. Dengan perubahan silibus terkini, pelajar sekolah terutamanya calon SPM pastinya berasa dibebani dengan tahap kesukaran yang berbeza.

Baru-baru ini, selebriti berwajah jelita itu ada berjumpa dengan seorang guru Kimia yang pernah berkongsikan video pengajaran di laman Youtube sehingga meraih 1 juta tontonan. Mesra dikenali sebagai Cikgu Fana, dia merupakan seorang pendidik yang berkhidmat di sebuah pusat peningkatan akademik. Pelbagai kisah dikongsikan oleh Cikgu Fana kepada Mira terutamanya pencapaian cemerlang pelajar-pelajar terdahulu di bawah bimbingannya.

Cikgu Fana merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Kimia dari UPM dan mempunyai minat yang mendalam untuk mendidik. Minat tersebut adalah ekoran mengenang kembali kepayahan beliau pada zaman persekolahan dahulu untuk menguasai subjek Sains Tulen. Ia bagaikan titik permulaan bagi Cikgu Fana yang sangat komited untuk terus membantu calon SPM sejak tahun 2009 lagi. Tambahan lagi, beliau juga sangat memahami kesukaran yang dialami oleh pelajar-pelajar sehinggakan ada yang hampir “give up”.

Berbekalkan kepakaran dan formula PTTI yang dibuat sendiri oleh Cikgu Fana dan rakan-rakan, ianya seperti menjadi tonik kepada pelajar-pelajar untuk menguasai subjek Sains Tulen di dalam SPM. Formula ini terbukti telah membantu pelajar sehinggakan ada yang telah menunjukkan peningkatan dari skor G kepada skor A dalam masa tiga bulan. Hebat kan?

Bapa kurang yakin dengan kebolehan anak

Seperti yang diceritakan oleh Cikgu Fana, terdapat seorang pelajar lelaki yang tertekan dengan keputusannya kerana mendapat gred E dalam subjek Sains semasa PT3. Tekanan itu bertambah apabila pelajar yang bernama Murshid ini berasa mustahil untuk mengikuti jejak langkah kakaknya yang menyambung pelajaran dalam aliran perubatan di Mesir. Namun, atas saranan bapanya yang merupakan pensyarah di Universiti Awam agar dia belajar dengan Cikgu Fana, segalanya telah berubah. Walaupun pada peringkat awal bapanya kurang yakin, namun ianya berlainan apabila berjumpa dengan Cikgu Fana. Bapanya berpendapat bahawa semua orang mempunyai potensi yang luar biasa dan boleh berjaya.

Sebenarnya dia pun boleh berjaya seperti kakaknya sebab semua anak kita mempunyai potensi yang luar biasa.

Hampir gugurkan subjek kerana khuatir kecewakan keluarga

Tambah Cikgu Fana, seorang pelajar perempuan bimbingannya pada peringkat awal hampir menggugurkan subjek Kimia kerana khuatir tidak dapat memberikan yang terbaik kepada keluarga. Menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung, Intan Safwa sangat kecewa dengan keputusannya dalam subjek Kimia yang hanya meraih 37 markah sahaja dan menganggap ia bagaikan memusnahkan harapan ibu bapa. Namun, segalanya berubah apabila dia berjumpa dengan Cikgu Fana. Tidak pernah disangka, pelajar ini meraih keputusan tertinggi, A+  dalam subjek Kimia pada SPM 2017.

Terkejut dapat Straight A dalam SPM

Cikgu Fana turut berkongsikan kisah seorang lelaki yang tidak pernah mendapat keputusan Straight A dari UPSR (2A, 2B, 1C), sehingga PT3 (4A, 4C, 2B, 1E). Namun, berkat usaha dan tunjuk ajar oleh guru-guru di sekolah dan dibantu oleh Cikgu Fana, pelajar yang dikenali dengan nama Irfan ini meraih keputusan Straight A dalam  SPM 2018. Sememangnya sukar untuk dipercayai, namun usaha yang tidak pernah mengenal penat lelah dapat menghuraikan segalanya.

Kebolehan Cikgu Fana dalam mendidik sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Beliau bersama PTTI sudah membantu lebih 7231 orang pelajar SPM sejak 2016 dengan teknik dan formula khas yang dicipta sendiri melalui pengalaman mengajar sebelumnya. Lebih manis lagi, sehinggakan ada pelajar yang mampu improve dari skor G ke skor A dalam masa 3 bulan sahaja. Sebelum ini, Cikgu Fana ada berkongsikan video pengajaran sehingga meraih 1 juta tontonan di Youtube. Bukan itu sahaja, video tersebut turut mendapat maklum balas yang positif dari Selatan, Borneo, Pantai Timur dan Utara tanah air. Lebih mengejutkan, teknik pengajaran di dalam video itu turut ditonton dari negara jiran yang faham dengan kaedah yang diketengahkan.

Ramai yang sudah berjaya setelah mengikuti formula Cikgu Fana dan rakan rakan. Tak kan nak biar diri anda dan anak-anak anda masih keterbelakang ? Jangan lepaskan peluang ini kerana ianya merupakan permulaan bagi mencorak masa depan seseorang pelajar. Sekiranya ada yang ingin meningkatkan keputusan peperiksaan, sangatlah digalakkan untuk  menyertai Seminar Kuasai A+ Sains Tulen SPM (KAST) yang telah dibuka pendaftarannya.

Sekiranya sudah ada yang ingin memulakan langkah untuk menggapai kejayaan dalam SPM 2020, sangatlah digalakkan untuk melayari www.nakskorspm.com bagi mendapatkan informasi yang lebih mendalam. Satu program mega juga bakal berlangsung pada 19-20 Mac 2020 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam. Ibu bapa janganlah berdiam diri sahaja, peluang sebegini tidak sepatutnya dilepaskan. Tahun 2020 ini bolehlah dijadikan sebagai tahun yang paling bermakna apabila melihat kejayaan anak-anak anda terutamanya dalam SPM.

Tak kan nak lepaskan peluang lagi ? Taknak tengok anak anda berjaya seperti Mira Filzah yang pernah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dahulu ?

 

Info lanjut : Website Nak Skor SPM 2020

Emel : [email protected]

Hotline : 012-8082284

FB: PTTI

IG: pttionline 

Youtube: PTTI 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa