Siakap Keli
Kredit: Google

TERKINI: Doktor Rawat Pesakit Koronavirus Di China Maut Jadi Mangsa Jangkitan

Beijing – Seorang doktor di sebuah hospital wilayah Hubei dilaporkan maut akibat virus koronavirus yang menjangkiti hampir 1300 orang itu.

Liang Wudong, 62 menjadi salah seorang doktor yang berperanan merawat para pesakit yang dijangkiti virus berkenaan di Hospital Hubei Xinhua.

Berita ini dilaporkan media tempatan, China Global Television Network (CGTN) dalam tweet mereka.

Sebelum ini, South China Morning Post (SCMP) melaporkan sebanyak 15 kes melibatkan staf perubatan sahaja, namun jumlah sebenar dijangka lebih tinggi didakwa berikutan kekurangan pakaian perlindungan.

Seorang pesakit disyaki super-spreader didakwa telah menjangkiti sekurangnya 14 staf ketika menerima rawatan di sebuah hospital, kata Yuen Kwok-yung, seorang hospital dan pakar virus di Universiti Hong Kong.

Salah seorang doktor di Wuhan berkata sekurang-kurangnya satu dorm di salah sebuah hospital di bandar itu digunakan untuk menempatkan staf kesihatan yang dikuarantin.

“Lebih 15 staf kesihatan yang dijangkiti,” katanya seperti dilaporkan SCMP.

“Ramai yang tidak dimaklumkan tentang potensi penyebaran dari manusia ke manusia, malah kini kami tidak mempunyai pakaian perlindungan yang cukup, kit ujian dan bekalan lain.

“Kami risaukan rakan sekerja yang terjangkiti, tapi kami tiada pilihan lain melainkan untuk teruskan sahaja,” katanya.

Sumber: CGTN, South China Morning Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.