Siakap Keli
Gambar: CGTN

(Video) Doktor Di China Dakwa Berjaya Sembuhkan Pesakit Koronavirus Pertama

Zhejiang, China, 25 Jan – Seorang lelaki menjadi pesakit koronavirus pertama yang berjaya sembuh di sini, lapor China Global Television Network (CGTN).

Yang, 46 merupakan pesakit koronavirus pertama yang sembuh selepas menerima rawatan selama seminggu di hospital akibat virus itu.

Menurut CGTN, lelaki yang telah lama tinggal di Wuhan itu mula menunjukkan simptom jangkitan seperti demam dan sakit kepala selepas meninggalkan bandar itu pada 3 Januari lalu.

pesakit koronavirus
Petugas kesihatan merawat salah seorang pesakit koronavirus. (Kredit: National File)

“Kami laporkan situasi kami awal, jadi adik saya berjaya sembuh kerana mendapat rawatan dalam masa yang tepat,” kata abangnya ketika ditemubual media.

Yang telah dibenarkan pulang namun bakal menjalani pemeriksaan dari masa ke masa di hospital.

Ketua doktor pakar, Dr Dai Jianyi mendakwa kejayaan itu menunjukkan virus berkenaan boleh disembuhkan dan dikawal.

Beliau turut menggesa orang ramai agar bertenang serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri.

Sumber: CGTN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.