Siakap Keli
Kredit: Google

Koronavirus: Pakar Dakwa Jangkitan Mungkin Boleh Merebak Melalui Mata

Saintis mendakwa koronavirus mungkin boleh tersebar melalui mata.

Seorang doktor pakar paru-paru, Wang Guangfa khuatir dia mungkin terjangkiti virus berkenaan kerana tidak memakai kaca mata pelindung.

Pakar virus di Kolej Imperial London, Profesor Paul Kellam berkata hal ini sememangnya boleh berlaku.

Paul Kellam

“Jika anda terkena titisan bersin, ia akan tersebar dari hidung ke mata,” katanya.

“Mata anda bersangkutan dengan hidung melalui kelenjar lakrimal (kelenjar yang merembeskan air mata).

“Jika anda mengalami alergi dan mata anda berair, hidung anda akan turut berair. Atau jika anda meletakkan ubat di dalam mata, anda akan dapat merasakannya di belakang tekak,” tambahnya.

Ia tidak aneh untuk flu dan virus lain dihantar dengan cara ini. Anda juga boleh mendapat jangkitan pernafasan melalui mata.”

”Ini adalah sebab petugas kesihatan perlu memakai perlindungan mata”, katanya.

Walaupun topeng muka melindungi hidung dan mulut, ia tidak menutup mata.

Selain itu, virus yang ada pada tangan boleh dipindahkan ke mata melalui sentuhan.

Dr Michael Head, seorang pakar perubatan dari Universiti Southgamptom turut menyokong dakwaan tersebut.

”Perpindahan virus juga berpontensi berlaku melalui sentuhan pada mata sekiranya virus ada pada tangan. Ini juga menimbulkan kebimbangan ia boleh menjangkiti orang lain dengan mudah,”.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.