Siakap Keli
Gambar via Republika

“Kita Harus Ingat Rezeki Daripada Perniagaan, Berniaga Boleh Jadi Jutawan” – Tun M

“Kita harus ingat bahawa rezeki datang daripada perniagaan. Kalau makan gaji, (pendapatan) setakat itu saja. Kalau berniaga, boleh (sehingga) jadi jutawan.” Memetik kata Tun Dr Mahathir ketika menghadiri program terbesar, Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 kelolaan Pakar Pemasaran No.1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman.

Program yang dihadiri belasan ribu peserta pada setiap kali dianjurkan itu telah berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) pada Sabtu dan Ahad lalu.  Perdana Menteri ketika hadir menyaran orang ramai terutamanya di luar bandar menceburi bidang perniagaan.  Ini kerana katanya, hanya bidang perniagaan dilihat mampu merapatkan jurang pendapatan antara penduduk di luar bandar dengan bandar.

Kami ingin kongsikan satu posting yang dimuat naik daripada Dr Azizan melalui laman Facebook miliknya.  Kata-kata ini wajar dijadikan sebagai motivasi bagi sesiapa yang inginkan sesuatu perubahan didalam hidup menjelang tahun baru, 2020 ini.

“Aku rasa aku tak boleh buat…”.
“Aku rasa aku tak yakin… tak konfiden”.
“Aku rasa aku tak mampu…”.
“Aku rasa aku nak ubah hidup tapi…”

Setiap manusia pasti akan diduga dengan 1001 masalah. Kau selaklah mana-mana kitab, kau rujuklah mana-mana buku atau pakar sekalipun, kita hidup memang untuk menghadapi rintangan. Jadi persoalannya, apakah kau harus biarkan diri kau dihantui dengan persoalan-persoalan yang remeh-temeh seperti “Aku rasa..aku..rasa…rasa aku…” Selagi kau main rasa-rasa je selagi itu lah hidup kau akan dihimpit dengan perasaan kau yang lemah, lesu dan lembik!

Hujung minggu lalu, seramai hampir 13,000 orang peserta yang kesemuanya ingin ‘BERUBAH’ menghadiri program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd dimana masing-masing mempunyai misi dan visi untuk meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Visi dan objektif program ini dicipta oleh pengasasnya, Dr Azizan Osman sendiri apabila beliau sedar ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan.

Program selama tiga hari itu turut makin meriah dengan kehadiran Dr Mahathir yang turut ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Rina Harun menjadi antara ‘highlight’ dan kejutan kepada semua peserta.

Ini menunjukkan bahawa program yang diadakan ini berupaya membantu bakal-bakal jutawan menjalani pengurusan pernigaaan yang lebih baik dengan risiko lebih rendah.

Semalam, beberapa orang usahawan terkenal turut berkongsi kisah kejayaan mereka kepada perdana menteri dan dalam masa yang sama Tun M memberitahu bahawa kerajaan berminat untuk menghantar usahawan tempatan ke Okinawa, Jepun bagi mempelajari kemahiran beberapa perusahaan.

“Saya ke Okinawa (Jepun) dan mengenal pasti beberapa perusahaan yang boleh diusahakan oleh masyarakat di Malaysia. Saya mahu cari orang yang berminat untuk dihantar ke sana (Jepun) bagi mempelajari ilmu perniagaan.

“Saya lihat bagaimana mereka buat barangan daripada kaca yang cukup cantik. Mereka suruh saya cuba tapi saya tak pernah melakukannya.

“Namun, dalam masa hanya 15 minit (mempelajarinya), saya mampu hasilkan barangan kaca berwarna merah, walaupun bukan terbaik, tapi boleh guna.

“Kita boleh belajar jika mahu, kita ada kebolehan. Tapi kalau tak ada usaha, kita tidak akan dapat guna kebolehan kita,” katanya.

Program Nak Ubah Hidup ini bukan hanya memfokuskan kaedah berniaga yang baik, tapi rata-rata yang hadir termasuk selebriti datang ke sana hanya dengan satu matlamat, NAK UBAH HIDUP.

Jadikan permulaan tahun 2020 sebagai titik kejayaan korang.

Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri

Info lanjut :

Website Nak Ubah Hidup

Nur Farra

test