Siakap Keli

Pesawat Tentera AS Terhempas Di Afghanistan

Tentera AS mengesahkan satu pesawatnya telah terhempas di wilayah timur Ghazni di Afghanistan pada hari Isnin. Pesawat itu terhempas di daerah Deh Yak, wilayah Ghazni, sebuah kawasan dengan kehadiran Taliban yang kuat.

Jurucakap Tentera AS di Afghanistan, Kolonel Sonny Leggett mengesahkan mengenai nahas udara itu yang membabitkan pesawat Bombardier E-11A.

“Punca kejadian masih dalam siasatan namun, kami menolak kemungkinan ia berpunca daripada tembakan musuh,” katanya.

Sebelum ini, jurucakap Taliban memaklumkan sebuah pesawat terhempas dan tidak ada penumpang yang selamat.

Terdapat juga yang mendakwa pihak taliban yang menyebabkan pesawat itu terhempas.

Laporan awal kejadian berkenaan menyebut bahawa nahas berkenaan membabitkan pesawat penumpang Ariana Afghan Airlines yang membawa 83 penumpang.

Namun, syarikat penerbangan berkenaan menafikan nahas berkenaan membabitkan pesawat kendalian mereka.

Sumber: Aljazeera

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)