Siakap Keli
Sumber: Instagram This_7

(Video) Tengku Hasanal ‘Sanggup’ Meredah Hujan Bantu Mangsa Kemalangan

Tidak hairanlah kisah keluarga kerabat Yang Dipertuan Agong sememangnya menjadi perhatian rakyat di Malaysia. Sifat yang ditunjukkan sangat merendah diri dan sentiasa mengutamakan rakyat cukup menawan hati rakyat jelata.

Hujan lebat yang melanda hari ini bukan penghalang untuk Pemangku Raja Pahang, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah  Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ‘turun padang’ membantu mangsa kemalangan.

“Pandu dengan berhati-hati bila hujan”

https://www.instagram.com/p/B75NeKpHnSW/

Dalam video tersebut menunjukkan keadaan kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam terbalik dengna keempat-empat ke atas.

Apa yang mencuri perhatian ramai, dilihat Tengku Hasanal sambil berpayung, baginda sempat melutut melihat keadaan kenderaan tersebut.

Instagram This_7
Instagram This_7
Instagram This_7

Rata-rata ramai yang memuji dan meninggalkan komen memuji dengan tindakan yang dilakukan Tengku Hasanal seperti sifat ayahandanya.

 

Sumber: Instagram This_7

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.