Siakap Keli

(Video) Pemandu Jentolak Nyaris Maut Tertimbus Dalam Bangunan Yang Diruntuhkannya

Tugas meruntuhkan bangunan bukanlah sesuatu yang mudah malah ia berhadapan dengan pelbagai risiko.

Suatu video yang hampir meragut nyawa seorang pekerja binaan di Crimea telah tular di media sosial. Pekerja itu dikatakan nyaris maut apabila jentolak yang dikendalikannya tertimbus dalam runtuhan bangunan.

Namun begitu, pemandu itu bagaimanapun bernasib baik apabila sempat menyelamatkan diri.

Menerusi video itu, bangunan apartmen tersebut berhayun beberapa saat sebelum binaan konkriknya runtuh ke atas jentera itu.

Perkara tersebut telah menyebabkan jentolak yang berada di atas timbunan batu-bata itu ditarik bersama runtuhan ke bahagian bawah.

Sumber: indiatimes

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)