Siakap Keli
Kredit Foto: Facebook

Lelaki Kongsi Perbezaan Saiz Badan Selepas 5 Tahun Amal ‘Diet Meal’ Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai yang masih tercari-cari mengenai diet yang boleh diamalkan oleh seseorang individu untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan juga sihat.

Sekarang banyak diet yang telah diperkenalkan, namun ianya mungkin boleh mendatangkan risiko terdapat diri seseorang yang mengamalkannya. Selain itu, ramai juga yang telah mengamalkan diet dalam jangka masa yang agak lama, namun beratnya masih tidak turun-turun.

Ikuti perkongsian daripada seorang pengguna facebook, Mochtar Mustaffa yang berkongsi antara makanan yang menjadi rutin harian ketika mengamalkan Diet Suku Suku Separuh (DSSS).

Perubahan yang berlaku ke atas dirinya selepas 5 tahun (Kredit Foto: Facebook)

Assalamualaikum uolss. Dah kurus ke? Ni hasil saya selama 5 tahun. 5 tahun uolss. Bukan 5 hari. Kut ada yang rasa nape takder perubahan kalau dah jaga makan 5 hari paham-paham la yer. Changes doesnt happen overnight, kecuali overnight oat yang ramai sangat percaya boleh mengkuruskan badan.

Antara menu saya :

  • Pagi – nasi lemak 2 bungkus + telur rebus 5 bijik
  • Snack : roti gardenia 2 keping sapu PB..sehari dalam 3-4 kali gak.
  • Pre workout meal : sama macam snack
  • Lunch : nasi 2 senduk, ayam 200-300 gram, sayur sikit
  • Dinner@post workout meal : sama macam lunch

Total daily calorie intake – 3000-3200 kcal

Alhamdulillah, kempis jugak perut walaupun tak banyak. Ada nak follow ke meal plan ni? Sebab soalan paling kerap kat sini mintak menu sehari kan? So, try la follow.

Actually point dia, no diet fits all. DSSS ni kira paling basic untuk uolls follow. Sebab simple. Susun jer dalam pinggan suku karbo, suku protein dan suku sayur. Walaubagaimana pun, still semuanya berbalik pada kalori in – kalori out. Kalau intake u tak lebih dari keperluan kurus la.

Nak diet tak semestinya bergantung pada jenis-jenis makanan tertentu. Diet pun maksudnya pemakanan. So, selagi makan u tengah diet tak semestinya wajib makan roti pepel atau green tea sahaja boleh kurus. Ni bila orang up seksa la diri tu carik roti pepel bagai.

Camon guys. Please be more knowledgeable than that. Jangan ikut org sahaja. Learn, learn and learn some more. Saya pun masih belajar sampai sekarang.

Sumber: Mochtar Mustaffa

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.