Siakap Keli
pensyarah basikal dicuri
Gambar: TikTok @ashyaaziz

Risau Basikal Dicuri, Tindakan Pensyarah Ni Raih Pujian Netizen

Risau Basikal Dicuri, Tindakan Pensyarah Ni Raih Pujian Netizen

Bergelar seorang penuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta merupakan impian bagi para pelajar lepasan Menengah.

Di sana, mahasiswa dan mahasiswi menimba ilmu dalam jurusan yang dipilih sebelum menjejakkan kaki dalam dunia kerjaya.

Kebiasaannnya rata-rata penuntut perlu berdikari sepanjang tempoh pengajian di universiti, di mana perlu mengendalikan sendiri pengurusan masa, kewangan dan banyak lagi termasuk pergi ke kelas.

Di peringkat pengajian tinggi, tenaga pengajar dipanggil sebagai pensyarah.

Sama seperti guru-guru di sekolah, pensyarah adalah individu yang bertanggungjawab mengajar pelajarnya dalam jurusan yang diambil.

Meskipun memegang gelaran seorang pensyarah, kadangkala usaha dan sifat mengambil berat mereka melebihi ruang skop pekerjaan.

Seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini, mendedahkan seorang lelaki dipercayai pensyarah mengambil berat dengan harta benda pelajarnya.

Gambar: TikTok @ashyaaziz

Dalam klip yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @ashyaaziz memaparkan pensyarah itu menyuruh seorang pelajar kelasnya meletakkan basikal (dipercayai milik pelajar itu) di dalam kelas berikutan bimbang ia dicuri.

“Apabila pensyarah awak bimbang tentang basikal awak dicuri,” tulis kapsyen di dalam rakaman itu.

Tambahan lagi, pensyarah tersebut siap membuka pintu agar pelajarnya dapat membawa masuk basikal berkenaan dengan mudah.

Difahamkan, pensyarah tersebut merupakan tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), yang dikenali sebagai Dr, Mohamed Aslam Akbar.

BACA: Troli Dah Penuh, Ni Cara Nak ‘Check Out’ Barang Serendah RM1 Kat Shopee

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan pensyarah itu.

Sebahagian mereka yang juga bekas pelajarnya juga menyifatkan  pensyarah itu mempunyai keperibadian yang baik.

@heyashyaaziz

Got valet parking today #ebike

♬ оригинальный звук – Aizh

Berikut antara komen pengguna;

“Dr Aslam, seorang pensyarah yang baik. Sebahagian daripada kami mahu masuk dalam kelas yang dia ajar. Kelas selalu penuh semasa waktu pra pendaftaran subjek,” tulis salah seorang pengguna. 

“Dr Aslam ni baik orangnya,” kata salah seorang pengguna.

“Antara pensyarah yang best masa belajar dulu, Dr Aslam mempunyai sifat kebapaan dengan kami semua hehe,” komen pengguna lain.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 500,000 tontonan, dengan lebih 48,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen daripada pengguna.

Sumber: TikTok @ashyaaziz

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?