Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Hampir Ragut 200 Juta Nyawa, Kisah Hitam Dunia Pernah Diserang Virus ‘Black Death’

Novel Koronavirus yang melanda dunia pada hari ini sememangnya telah membimbangkan komuniti dunia. Perkara ini adalah kerana telah dicatatkan beratus nyawa telah terkorban disebabkan virus yang bermula dari daerah Wuhan, China.

Disebabkan itu juga, banyak negara yang telah membuat pelbagai sekatan terhadap akses ke China terutamanya ke Wuhan. Wabak ini seakan virus yang paling menakutkan dalam zaman moden ini. Namun, rupanya terdapat virus yang lebih kritikal berbanding Koronavirus.

Sejarah manusia terdahulu pernah mencatatkan satu virus yang mengorbankan hampir setengah populasi manusia. Virus ini yang mirip koronavirus bermula sekitar tahun 1347 sehingga 1351.

Gambar: The Times

Menurut portal Tribunnews, sebanyak 75 juta hingga 200 juta nyawa telah terkorban akibat daripada penyakit ini. Wabak ini dikenali dengan nama Black Death atau Yersinia Pestis yang boleh mengakibatkan penyakit pes.

Disebabkan rekod itu, penyakit pes telah dianggap sebagai penyakit yang paling banyak mengorbankan nyawa manusia. Wabak itu juga turut merebak dari Eropah ke Asia pada abad ke 14, ke 17 dan juga awal tahun 1900-an. Kebiasaannya, orang yang menghidapi penyakit ini biasanya terjejas akibat digigit tikus yang membawa bakteria Yersinia Pestis.

Ketika itu, tiada vaksin yang dapat melawan wabak ini, tetapi antibiotik pada zaman moden dikatakan dapat mencegah komplikasi dan kematian sekiranya diberikan pada waktu yang tepat.

Selama wabak itu menyerang, sejumlah besar mayat perlu diproses oleh doktor. Namun, disebabkan khuatir dijangkiti, doktor disediakan ‘suit’ yang dapat melindungi mereka.

Gambar: Toutiao

Topeng muka yang dipakai oleh doktor mempunyai paruh bagi memastikan wajah pesakit dengan doktor pada jarak yang jauh. Bahagian paruh itu juga dilengkapi dengan pelbagai rempah berkebolehan untuk menghindarkan bau busuk daripada mayat.

Jubah yang dipakai oleh doktor pada zaman itu juga dapat membantu mencegah cairan daripada tubuh si mati.

Sumber: Tribunnews

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra