Peminat kartun The Simpsons mendakwa bahawa rancangan kartun tersebut telah meramalkan wabak koronavirus 27 tahun yang lalu.
Dalam satu episod dari tahun 1993, satu virus yang dikenali sebagai Osaka Flu merebak melalui Springfield selepas penduduk membeli juicers dari Jepun.
Dakwaan tersebut mula berlegar di media sosial selepas peminat animasi tersebut memuatnaik persamaan diantara episod tersebut dan wabak yang sedang berlaku pada masa kini.
Episod tersebut menunjukkan juicers dimasukkan ke dalam kotak oleh salah seorang pekerja sambil berkata, “Tolong jangan beritahu penyelia saya mempunyai selesema.”
Dia kemudian batuk ke dalam kotak, menghantar virus ke Amerika Syarikat sehingga menyebabkan kebanyakan penduduk jatuh sakit.
Peminat menjadikan Twitter sebagai medium untuk membincangkan persamaan tersebut meskipun virus di dalam The Simpsons berasal dari Jepun dan wabak terkini berasal dari Wuhan, China.
Ada yang yakin bahawa mereka mengambil masa untuk mengedit ‘Osaka Flu’ kepada ‘Coronavirus’ dalam laporan berita Kent Brockman.
The Simpsons menakutkan saya. Episod ini disiarkan 27 tahun yang lalu pada tahun 1993
The Simpsons scares me. This episode aired 27 years ago in 1993 🤯 #CoronaVirus pic.twitter.com/Zc0XUZn5PO
— 𝒂𝒔𝒉 𝒊𝒏 𝒕𝒉𝒊𝒔 𝒃𝒊𝒕𝒄𝒉 (@ashakiiii) January 30, 2020
The Simpsons has predicted it again!
This episode aired 27 years ago in 1993.#CoronaVirus #Wuhan #CoronavirusOutbreak #Corona #Virus #ChinaCoronaVirus #ChinaVirus #WuhanVirus pic.twitter.com/kvBPYQMm5f
— Mr. Whale 🐋 (@CryptoWhale) January 30, 2020
How did the Simpsons know? #coronarvirus #coronavirus pic.twitter.com/7qgYxz3Ts8
— Think free (@thinkfree55) February 1, 2020
Sumber: Daily Mail