Siakap Keli
Kredit Foto: Google

MetMalaysia Keluar Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Kategori Pertama Dan Kedua Di Beberapa Kawasan

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran terhadap angin kencang dan laut bergelora bermula Khamis 6 Februari 2020 hingga 10 Februari 2020.

Angin kencang timur laut kategori kedua dijangka berlaku di kawasan perairan Condore bermula hari Khamis, 6 Februari 2020 hingga 10 Februari 2020.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia angin kencang timur laut kategori pertama dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Samui, Tioman, utara Bunguran, barat Reef North, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.