Siakap Keli
gambaran lecur mengikut tahap
Gambar: Kompas

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit, Otot Dan Tulang, Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit, Otot Dan Tulang, Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Baru-baru ini, arena bola sepak tanah air digemparkan dengan kes serangan melibatkan dua pemain skuad kebangsaan dalam tempoh seminggu.

Terbaharu pada minggu ini, Faisal Halim telah menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali di Damansara pada Ahad.

Lebih malang lagi, Faisal yang juga pemain Selangor FC disahkan mengalami kelecuran tahap empat di beberapa bahagian badan akibat simbahan asid berkenaan.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan gambaran lecur mengikut tahap-tahapnya. Ikuti perkongsian di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah.

Apa itu lecur? 

Sebelum itu, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan lecur itu.

Melecur atau luka lecur adalah kecederaan pada kulit atau lapisan kulit akibat  terdedah kepada haba (api, cecair panas atau wap), bahan kimia, arus letrik dari aliran letrik atau panahan petir, sinaran dan geseran.

Macam mana nak kesan lecur?

Simptom seseorang itu mengalami lecur ditentukan bergantung kepada tempat terkena lecuran, jenis bahan, tahap dan ketenatan.

Kebiasaaannya, mangsa yang mengalami melecur akan berasa sakit dan kemerahan. Dalam kes yang serius dan parah, pembengkakan dan melepuh akan terjadi diikuti kerosakkan tisu pada bahagian yang terlibat.

Jadi macam mana nak tahu tahap melecur?

Menurut KKM, melecur diklasifikasikan berdasarkan dalaman luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat. Tahap melecur dibahagikan kepada empat;

Gambar: Phoenix Society

Tahap pertama
Lecur pada lapisan kulit bahagian atas (epidermis).

Tahap kedua
Lecur melibatkan lapisan kulit atas dan lapisan kedua (epidermis dan dermis).

BACA: Troli Dah Penuh, Ni Cara Nak ‘Check Out’ Barang Serendah RM1 Kat Shopee

Tahap ketiga
Melibatkan keseluruhan lapisan kulit dan juga saraf menyebabkan rasa kebas.

Tahap empat
Lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit.

Difahamkan, luasnya luka lecur dikira sebagai peratusan. Oleh itu, anggaran 1 peratus melecur pada badan bersamaan ukuran selebar tapak tangan mangsa.

Disebabkan itu, semakin tinggi peratusan permukaan kulit yang lecur semakin teruk keadaan pesakit.

Lecur pada muka, tangan, kaki dan kelangkan dikira sebaga lecur yang teruk.

Kesan luka lecur

Bagi lecur tahap pertama, ia akan kembali pulih tanpa sebarang komplikasi.

Bagaimanapun, lecur lebuh boleh mengakibatkan mangsa kehilangan bendalir tubuh dari kulit yang luka pada komplikasi awal.

Berikutan itu, ia akan mengakibatkan hipotensi, suhu badan yang rendah dan shock terhadap mangsa.

Selain itu, mangsa juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan lecur pada saluran pernafasan, jangkitan kuman pada luka lecur dan kerosakan pada saraf dan otot adalah dijangkakan.

Bagi kesan jangka panjang, mangsa akan mempunyai pembentukan parut dan ke kecacatan kekal serta trauma akibat kesan melecur.

Rawatan terhadap pesakit melecur

Tentu ramai tertanya-tanya bagaimana pesakit yang mengalami lecur pada badan di rawat bukan? Jom lihat di bawah.

Perkara yang dilakukan

Pertama, sejukkan dan cuci bahagian terlibat dengan aliran air bagi mengurangkan sakit. Kaedah ini juga akan mengawal jangkitan dan mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.

Kedua, bawa pesakit ke klinik atau hospital berdekatan.

Ketiga, sapukan ubat penahan sakit atau analgesic atau ubat antibiotik.

Keempat, kekalkan kebersihan pada bahagian terlibat bagi mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

BACA JUGA: Apa Beza Status Tanah Hakmilik Sementara, Hakmilik Kekal, “Leasehold” & “Freehold”?

Perkara yang perlu dielakkan

Pertama, tutup luka lecur menggunakan kain yang kotor pada kecederaan.

Kedua, menggunakan ais pada luka lecur kerana ini akan menerukkan lagi kecederaan.

Ketiga, penggunaan bahan tertentu tanpa nasihat doktor.

Lecur yang teruk

Sekiranya mangsa mengalami lecur pada muka, kedua tangan dan kaki serta bahagian kelangkang memerlukan rawatan segera atau masuk ke hospital.

Selain itu, mereka akan dirawat di unit lecur khas di hospital jika mengalami lecur teruk.

Untuk pengetahuan, luka lecur teruk berkemungkinan memerlukan prosedur tampalan kulit.

Semoga bermanfaat.

Sumber: MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?