Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sekolah Sultan Alam Shah Dinobatkan Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Keseluruhan 2025

BERASRAMA
Kredit: Facebook BPSBP

Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Wilayah Persekutuan Putrajaya dinobatkan sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik Keseluruhan 2025 selepas mencatat pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) menerusi satu hantaran di Facebook berkata, anugerah berkenaan menjadi pengiktirafan terhadap kecemerlangan sekolah dalam pengurusan dan kepimpinan, pencapaian kurikulum, kokurikulum serta pembangunan sahsiah dan aspek pendidikan lain.

Menurut BPSBP, sebanyak 72 SBP bersaing bagi merebut gelaran berkenaan yang dianggap antara pengiktirafan paling berprestij dalam kalangan sekolah berasrama penuh.

Dalam pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SAS menerima Anugerah Cemerlang, manakala kecemerlangan dalam bidang kokurikulum turut menerima pengiktirafan sama.

Secara keseluruhannya, SAS berjaya membawa pulang 13 anugerah menerusi pencapaian yang diraih.

Selain pengiktirafan tersebut, sekolah berkenaan turut menerima sijil penghargaan, wang tunai sebanyak RM15,000, piala iringan serta Piala Pusingan Tan Sri Abdul Rafie Mahat.

“72 SBP. Satu gelaran.

“Dan penerima Anugerah Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Keseluruhan 2025 ialah Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), WP Putrajaya,” kongsi BPSBP dalam hantaran Facebook berkenaan.

BPSBP turut menyampaikan ucapan tahniah kepada seluruh warga SAS atas pencapaian tersebut.

Intipati
  • Sekolah Sultan Alam Shah dinobatkan sebagai SBP Terbaik Keseluruhan 2025 oleh BPSBP.
  • Anugerah itu mengiktiraf kecemerlangan SAS dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
  • SAS meraih 13 anugerah serta menerima sijil, RM15,000 dan beberapa piala penghargaan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan