Seorang bayi mengalami luka di pipi selepas tertoreh tidak sengaja oleh doktor ketika ibunya bersalin secara pembedahan.
Menurut doktor, wanita itu sepatutnya bersalin secara normal di sebuah hospital di Wilayah Rusia Chelyabinsk di barat daya.
Namun begitu, wanita itu dikatakan mengalami komplikasi apabila anaknya berada dalam kedudukan songsang sehingga memaksa dia melakukan pembedahan.
Selepas diberi ubat bius, wanita itu tertidur dan sebaik sahaja bangun dia terkejut selepas melihat keadaan luka dipipi anak perempuannya itu.


Ibu muda itu dimaklumkan doktor bahawa luka itu berlaku disebabkan bayinya terlampau aktif ketika pembedahan dilakukan. Dia juga dikatakan mengalami demam panas selepas menjalani pembedahan.
Walaubagaimanapun, pihak hospital belum membuat sebarang kenyataan berhubung insiden itu.
Sumber: Metro.co.uk