Siakap Keli

Wanita Derita Sakit Perut, ‘Cyst’ Gumpalan Rambut ‘Hidup’ Sejak Lahir Ditemui Dalam Ovari

Doktor bedah di Rusia berjaya mengeluarkan ketulan cyst berupa gumpalan rambut daripada ovari seorang wanita.

Wanita itu dikatakan mendapatkan rawatan selepas mengalami sakit perut yang teruk.

Menurut Tatiana Shavrak, doktor yang merawatnya, gumpulan rambut yang dikeluarkan daripada ovari wanita berusia 30 tahun itu berukuran lima inci panjang dan telah ‘menghuni’ didalamnya sejak lahir lagi.

Kredit Foto: Mirror

Kata Shavrak, gumpulan rambut yang dikeluarkan itu merupakan cyst jenis dermoid, dimana ia adalah ketumbuhan bukan kanser. Ia adalah kapsul dengan dinding yang agak tebal yang terdiri daripada lendir bercampur pelbagai tisu manusia.

Tambahnya lagi, di dalam kista kita mempunyai lapisan atas kulit, rambut, tulang dan gigi. Dalam kes ini, cyst itu berjaya dikeluarkan menerusi laparoskopi.

Katanya juga keadaan wanita tersebut dalam keadaan stabil dan tidak mempunyai komplikasi yang teruk terhadap kesihatannya.

Sumber: Mirror

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)