Siakap Keli

(Video) Ibu Setia Sediakan Makan, Menangis Tak Dapat Dekati Anak Dikuarantin Disyaki Dijangkiti Koronavirus

Wabak novel koronavirus yang sedang melanda dunia pada ketika ini sememangnya memberi tamparan hebat terutamanya kepada negara China kerana mencatatkan jumlah kes serta angka kematian yang tertinggi sekali.

Oleh kerana ingin mencegah virus maut ini daripada terus menular, kerajaan China telah mengambil langkah pencegahan dengan menyekat rakyatnya daripada meninggalkan negara itu.

Selain daripada itu juga, sesiapa sahaja yang dikesan mengalami simptom-simptom jangkitan juga turut diasingkan dan dikuarantin bagi menghindari skala jangkitan menjadi lebih besar lagi.

Pelbagai video yang tular di media sosial memaparkan tentang situasi yang sedang melanda di negara China ketika ini pastinya akan menimbulkan rasa panik buat kita yang menontonnya.

Walaupun begitu, terdapat juga video yang menyentuh hati telah tular di media sosial berkenaan dengan apa yang dihadapi rakyat China kini.

Antaranya ialah video ini. Video yang memaparkan seorang ibu hendak memberikan makanan kepada anaknya yang didakwa merupakan seorang doktor telah menjadi tular di media sosial.

Anak kepada seorang ibu tersebut dilaporkan terpaksa dikuarantin berikutan menunjukkan simptom-simptom dijangkiti dengan virus maut itu.

Sungguhpun ibu kepada doktor yang dikuarantin itu tahu bahawa anaknya itu sedang diasingkan, dia tetap mahu membawakan makanan kepada anaknya juga.

Doktor tersebut tetap bertegas untuk berada 2 meter jarak daripada keluarganya dan hanya berkomunikasi dengan dipisahkan oleh sebuah pintu bagi mengelakkan daripada ahli keluarganya itu turut dijangkiti.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih daripada 10 ribu tontonan daripada netizen di media sosial.

Sifat seorang ibu yang selalu akan menyediakan makanan untuk anaknya itu telah dipaparkan menerusi video yang berdurasi selama 1.33 saat tersebut.

Sumber: SCMP News

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.