Seorang kanak-kanak dilaporkan maut selepas didakwa terjatuh ke dalam sebuah pengukus besar di kantin sekolahnya.
Mangsa yang berusia 3 tahun itu mengalami kecederaan parah kerana dikukus hidup-hidup ketika kantin sebuah sekolah di India sedang menyediakan makanan tengah hari.
Ayah kepada mangsa tersebut telah bertindak menyalahkan tukang masak sekolah itu yang tidak mendengar teriakan anaknya itu kerana didakwa sedang memakai headphone sambil mendengar muzik ketika kejadian.
Difahamkan, mangsa telah tersadung pada bahan binaan seterusnya terjatuh ke dalam pengukus yang sedang panas.
Kanak-kanak tersebut kemudiannya telah ditarik keluar oleh cikgu yang sedar akan kejadian tersebut, dan malangnya dia telah dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat melecur sebanyak 80%.
Pihak berkuasa India mengesahkan bahawa mangsa bukan pelajar di sekolah tersebut, sebaliknya merupakan kanak-kanak jagaan di pusat asuhan yang berada di sekolah itu.
Pihak berkuasa juga turut berjanji akan mengambil tindakan ke atas kematian yang tragik itu.
Hakim majistret Sushil Kumar Patel memaklumkan bahawa pengetua sekolah tersebut telah pun digantung perkhidmatannya.
Sumber: Daily Star