Seorang wanita berusia 36 tahun dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan atas kesalahan mencuri barangan runcit di sebuah pasaraya di Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Wanita tersebut merupakan seorang penghidap kanser ovari telah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan namun telah disahkan oleh doktor hanya tinggal 30 hari lagi untuk hidup.

Hukuman yang dijatuhkan kepada Ashley Menser dianggap keterlaluan kerana dia perlu menerima rawatan segera untuk meneruskan kehidupan.
Keluarga Menser mengatakan dia hanya mempunyai sebulan untuk hidup dan memohon mahkamah membenarkannya mendapatkan rawatan perubatan.
“Dia tiada pilihan, dia perlu menjalani pembedahan untuk terus hidup atau dia akan mati”, kata ibu kepada Menser.
Menurut ibunya lagi, Menser boleh hidup lebih daripada sebulan jika dia menerima rawatan dengan segera.
Sumber: Daily Mail