Siakap Keli
Kredit: Google

Pura-Pura Batuk Konon Dijangkiti Koronavirus, Wanita Terselamat Dari Dirogol

Seorang wanita di China terselamat dari menjadi mangsa pemerkosaan apabila berpura-pura sakit kononnya dijangkiti koronavirus.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, suspek yang berusia 25 tahun bertindak memecah masuk ke bilik mangsa dan menyerangnya.

Sedar dirinya dalam bahaya, wanita itu menjerit dan mendakwa dirinya baru pulang dari Wuhan dan disahkan positif koronavirus serta sedang dikuarantin, lapor Daily Mail.

Saya baru pulang dari Wuhan dan dijangkiti (virus), jadi saya bersendirian di rumah kerana kuarantin,” jerit mangsa ketika suspek cuba menyerangnya.

Mangsa turut berpura-pura batuk dan menolak suspek yang didakwa cuba mencekik leher dan menutup mulutnya.

Terpedaya dengan kata-kata wanita itu, suspek melarikan diri selepas mengambil wang berjumlah 3,080 yuan (kira-kira RM1,800).

Kejadian berlaku di pekan Pingba berhampiran daerah Jingshan, tiga jam pemanduan dari Wuhan.

Menurut polis tempatan, suspek pada awalnya ingin merompak kerana ketiadaan wang.

Setelah memasuki rumah mangsa, dia dikatakan cuba melakukan serangan seksual setelah melihat mangsa sendirian.

Sebaik terselamat, mangsa melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Suspek menyerah diri pada lewat malam Isnin lalu dan kini sedang ditahan.

Kematian dari koronavirus telah menjangkau angka 427 mangsa dan menjangkiti lebih 20,700 orang di seluruh dunia.

Polis tempatan mendakwa siasatan sukar dijalankan kerana semua penduduk memakai penutup muka. (Kredit: Daily Mail)
Suspek walaubagaimanapun berjaya ditahan polis. (Kredit: Daily Mail)

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.