Siakap Keli
Kredit Foto: Facebook/ Google

“Mak & Ayah Hanya Luka Kecil”, Kepala Budak Diriba Ibu Terbelah 15cm, Tercampak Akibat Kemalangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kemalangan berlaku tanpa diundang. Banyak kes kemalangan yang berlaku pada hari ini disebabkan oleh kesalahan pengguna jalan raya sendiri.

Namun begitu, pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kemalangan berlaku dan lagkah-langkah yang perlu diambil supaya dapat mengurangkan kecederaan apabila berlakunya kemalangan.

Seorang pengguna facebook, Ilzanno Sharky berkongsi pengalaman berdepan dengan satu kemalangan yang menyebabkan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan dan beberapa nasihat yang boleh digunakan.

Salam semua,

Ni aku naikkan gambar ni bukan bertujuan nak sibuk-sibuk nak membangga diri atau nak kata aku ni rajin tolong orang kononnya lah kan.

Ni aku up gambar ni untuk peringatan dan pengajaran korang semua, terutama sekali yang dah ada anak.

Ni gambar aku yang pegang baju aku sendiri yang berlumuran darah (aku pakai latex long glove yang sentiasa aku bawa untuk kes-kes macam ni).

Berlaku satu kemalangan kat satu jalan ni beberapa hari lepas (aku tak beritahu lokasi sebab aku tak minta permission mangsa pun nak kongsi perkara di di media sosial).

Kredit Foto: Facebook

Aku baru nak keluar pergi beli roti di satu stall tepi jalan ni asalnya, pastu, aku ternampak satu kemalangan (bukan depan mata, tapi baru je jadi aku rasa sebab tak ada orang yang berkerumun lagi kat situ)

Jadi, aku berhenti kereta aku tepi jalan, dan terus lari ke arah mangsa. Aku tengok, head-on collision, seorang mamat ni bertembung dengan kereta yang dinaiki satu keluarga.

Ayah dia pemandu, mak dia duduk sebelah, meriba anak dia yang aku angarkan dalam umur 2 tahun macam tu.

Masalah sekarang, mamat yang langgar tu okay, cedera ringan, mak dan ayah dalam kereta satu lagi ni pun luka kecil-kecilan sebab windshield dia pecah dan menyerpih.

“Tapi, malangnya, budah kecik umur 2 tahun tu tercampak daripada riba mak dia, terhentak pada windshield dan memang mengalami kecederaan di kepala dia (at least 10 jahitan).”

Laceration wound (luka macam dipotong pisau) pada kepala budak tu dekat nak 15 cm panjang dia jadi bila dia terhantuk pada windshield.

Darah memang mengalir tahap kaw-kaw punya daripada luka tu. Aku pun turun, buka je baju aku dan tekup kepala budak tu, bagi pressure supaya dia tak loss banyak blood. Mak budak tu sendiri dah call 999.

Aku tekup kuat la sebab budak tu nampak in and out of conscious pun. Sekejap menangis, sekejap berhenti dan badan jadi lembik, lepas tu sedar balik, sambung menangis.

Memang serious teruk budak tu sebab significant blood loss tahap teruk punya tu.. Aku tekup kepala dia lama jugaklah, lebih kurang 15 minit sebelum ambulans sampai.

EMT terus bawak turun gauze dan bandage, dan aku cakap dengan EMT ni yang aku kena alih kain yang aku tekup ni sebab aku pakai baju melayu masa tu.

Baju melayu tu punya kain (kain licin) manalah boleh nak serap darah. Aku alih baju aku, terus MA tu tekup dengan gauze.

Memang banyak gila gauze dia pakai sampai satu masa, nampak bleeding tu dah tak kelihatan pada lapisan gauze yang atas sekali, dia terus bandage kepala budak tu, masuk dalam ambulans.

Mak budak tu ikut sekali, ayah dengan seorang mamat lagi tu ada orang offer nak tolong hantar ke hospital sebelum diorang nak setel semua benda pasal accident tu.

Macam ni lah jadinya. Aku bukan sibuk nak kata pasal kena beli carseat utnuk budak tu bagai, tapi, aku nak cakap pasal benda paling asas untuk keselamatan dalam kereta iaitu seatbelt.

Masalahnya, dalam kes tadi, si pemandu dan isteri dia pakai seatbelt, tapi, anak dia, duduk atas riba isteri memang tak dipakaikan dengan seatlbelt.

Well, aku tak tahu adakah perbuatan kalau ada budak kecil duduk atas riba seseorang tu, then orang tu tarik seatbelt tu dan cover kedua-dua dia dan anak dia yang atas riba tu jadi makin selamat atau tidak.

*update. Pakai seatbelt untuk seorang dewasa sekali dengan anak di riba is a BAD idea. Jangan buat macam tu okay!.

Aku taknak tuduh dua-dua ibu bapa tu selfish, rather, lebih kepada ambil mudah dan faktor yang tidak perasan akan kepentingan keselamatan anak dia yang kecil tu.

Memang aku tak ada anak lagi, tapi aku faham je, sesetengah budak ni, kalau dia diletakkan di dalam carseat dalam kereta kat belakang, kadang-kadang dia melalak dan meronta-ronta tu tahap tak boleh bawa bincang punya.

Akhirnya, mak dia terpaksa bawa dia ke depan, duduk atas riba dan barulah dia tak meronta-ronta atau melalak.

Tapi, apa pun, kalau soal keselamatan dalam kereta ni, tolonglah buat yang paling terbaik untuk keluarga dan orang yang tersayang.

Kau tengok contoh kes ni je, mesti mak dan ayah budak tu rasa bersalah sangat. Well, things happens, but that’s not the case.

The case is, are you doing your best in the aspect of safety to your family and kids during driving when those things happen?

Update 2* it’s not about saya paksa beli car seat kalau anak ada 8, nak kena beli 8, but it’s about doing your best for your kids. Ramai dalam komen kata tak berkemampuan, meaning, ada anak 4 – 5 orang dan kereta kecil.

Macam ni, tak mampu beli 5, beli 4. Tak mampu beli 4, beli 3. What am I trying to emphasize here is to do your BEST in the form of protection n safety to you, your spouse and your kids okay.

Bawah tu ada orang komen, ada anak 3,kereta viva.

2 anak dalam carseat, sorng lagi anak yang besar duduk di tengah-tengah dan buckle up dengan seatbelt. It’s not really about kemampuan daripada segi kewangan, it’s about making the best of whatever you have for your own kids okay.

BTW, ada juga orang share gambar seatbelt injury. FYI, bruises sebab seatbelt injury is far mild as compared to the whiplash injury or tercampak keluar daripada kereta bila kereta tu dah start rolling bila berlanggar pada kelajuan tinggi.

Stop comparing seatbelt injury/airbag injury with the road traffic injury yang mana passenger langsung tak pakai seatbelt/kereta tak ada airbag.

Kecederaan tercampak keluar daripada kereta adalah jauh lebih teruk jika nak dibandingkan dengan lebam across the chest akibat seatbelt injury.

As I mention before, sila buat yang terbaik untuk semua orang yang berada dalam kereta. Untuk yang mengatakan bas tak ada seatbelt pun, so far, untuk 3-4 syarikat bas ekspres daripada muar ke Tbs and vise versa, mostly dah ada seatbelt untuk penumpang mereka.

It just that, sometimes aku naik pelik bila ada orang gelakkan sesiapa yang pakai seatbelt dalam bas.

PS – Siapa komen macam ni ‘ajal maut tu, kalau nak jadi, prevent macamana pun akan jadi juga’, aku block. Terima kasih

Disclaimer – saya bukan penjual carseat, promoter car seat, anak sedara dan adik beradik yg ada jual cars seat dll. Apa yg nak disampaikan adalah mengenai isu keselamatan, that’s all.

#truestory #roadsafety #staysafe #seatbelt

Sumber: Ilzanno Sharky

Siti Natrah Jusof