Golden Screen Cinemas Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan bahawa GSC Pavilion Kuala Lumpur akan ditutup secara rasminya pada 17 Februari 2020 ini.
GSC Pavilion Kuala Lumpur akan beroperasi buat kali terakhir pada 16 Februari 2020.

Masih berbaki beberapa hari lagi untuk orang ramai berkunjung ke GSC Pavilion Kuala Lumpur sebelum ia berhenti beroperasi.
Namun begitu, kepada pengunjung setia GSC Pavilion Kuala Lumpur masih boleh berkunjung ke GSC cawangan lain yang berhampiran seperti GSC Berjaya Times Square, GSC Quill City Mall, dan GSC MyTOWN, Cheras.
Pihak GSC Pavilion juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang datang ke GSC Pavilion sejak ianya mula beroperasi.
GSC Pavilion telah beroperasi sejak 12 tahun yang lalu tidak menyatakan sebab ianya ditutup.
Sumber: GSCinemas