Siakap Keli
Kredit Foto: Daily Star

(Video) Rakaman Awan Bulat Dikaitkan Dengan UFO Di Langit Rusia Cetus Persoalan

Rakaman aneh dua awan berbentuk persis cincin besar muncul di langit dipercaya di sebuah bandar Rusia telah menjadi perdebatan media sosial.

Video yang telah tersebar itu menunjukkan dua awan seperti cakera terapung sebelum menghilang.

Menjelang saat akhir rakaman video tersebut, pesawat dilihat menuju ke arah cincin langit dan menembusi bulatan pertama. Media tempatan berkata cincin keempat muncul sejurus selepas itu.

Kredit Foto: Daily Star

Fenomena luar biasa telah membangkitkan perbincangan di kalangan pengguna web mengenai kemungkinan penampakan UFO.

Sesetengah mencadangkan bahawa bulatan tersebut boleh dihasilkan melalui ‘quadcopter’ atau jenis drone manakala yang lain membuat spekulasi bahawa ia mungkin disebabkan oleh penerbangan uji rahsia.

Pengarah Balai Cerap Astronomi Universiti Negeri Irkutsk, Sergei Yazev berkata bahawa bulatan di langit mungkin merupakan kesan penyongsangan pesawat.

Sumber: Daily Star

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra