Siakap Keli
Gambar: RapidKL

“Jemputlah Makan Lagi,” Respon ‘Win’ RapidKL Bila Penumpang Makan Dalam Kenderaan Awam

Perbuatan membawa makanan dan minuman ke dalam kenderaan awam sememangnya dilarang sama sekali. Larangan tersebut adalah bertujuan bagi menjaga kebersihan kenderaan yang digunakan oleh ramai orang.

Pun begitu, ramai yang ingkar akan larangan tersebut dengan membawa makanan ke dalam kenderaan awam seperti bas dan tren. Menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter RapidKL, tular satu foto yang memaparkan lantai kenderaan awam berselerak dengan makanan yang tumpah.

RapidKL menerusi akaun Twitter mereka menyelar tindakan penumpang makan atau minum dalam bas atau tren dengan kata-kata sinis.

Oh, rupanya tak la kotor mana pun kalau penumpang makan dan minum dalam bas atau tren. Jemputlah makan lagi.

Ciapan tersebut turut mendapat perhatian rata-rata warganet yang nyata tidak berpuas hati dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.

“Sebab itu la dilarang makan atau minum dalam public transport”

“Uish sepah dia macam bela saka”

“Dah tahun 2020 pun masih jadi macam ni. Tak faham bahasa ke apa”

Sumber: RapidKL

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra