Siakap Keli

Tangan Budak Terbelah, Bapa Dakwa Terkena Mata Pisau Diselit Di Papan Gelongsor

Tular di media sosial beberapa keping gambar papan gelongsor di sebuah taman permaianan, yang dipercayai diambil di sebuah kawasan di Daerah Banqiao, Taipei di Taiwan.

Menurut portal Setn, seorang kanak-kanak turut menjadi mangsa kepada tindakan tidak bertanggungjawab itu dan dikhabarkan telah menerima tiga jahitan.

Ayah kepada kanak-kanak malang itu turut memuat naik gambar-gambar berkenaan di media sosial dan meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati.

Dalam salah satu gambar yang dikongsikannya, jelas kelihatan sebahagian daripada permukaan papan luncur itu dipenuhi dengan darah, dipercayai daripada tangan anaknya yang luka.

Posting berkenaan mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan yang kemudiannya menjalankan siasatan mendapati ia merupakan perbuatan seorang lelaki berusia 20 tahun ketika melepak bersama-sama rakanya di taman tersebut.

Sumber: Setn

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.