Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Rakaman Bayi Dalam ‘Stroller’ Melambung Tinggi Akibat Dirempuh Pemandu Mabuk

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun pengguna jalan raya sudah mengikut peraturan jalan raya dengan betul. Punca kemalangan seperti kecuaian pemandu boleh menyebabkan mangsa tercedera malah boleh meragut nyawa.

Satu kemalangan yang berjaya dirakamkan melalui kamera Dashcam sebuah kereta di Ukraine apabila seorang pemandu dilaporkan mabuk telah merempuh seorang bayi yang diletakkan di dalam stroller.

Kejadian itu bermula apabila seorang wanita telah menolak bayinya dengan menggunakan stroller bagi melintas jalan. Setelah menyedari bahawa terdapat sebuah kereta bergerak dengan laju, wanita berkenaan menghentikan pergerakannya namun semuanya telah terlambat.

Kerusi roda bayi tersebut telah dirempuh dengan kuat sehingga melambung ke udara. Bayi yang berada di dalam kerusi roda berkenaan juga turut melambung tinggi sebelum terhempas di pembahagi jalan.

Ibunya yang cemas terus mendapatkan bayi tersebut sebelum didatangi oleh dua lelaki daripada kereta berkenaan. Menurut wanita berusia 34 tahun tersebut, terdapat dua orang lelaki yang datang menghampirinya dan meminta maaf.

Pemandu berlari ke arah saya dan meminta maaf. Saya dapat merasakan bau alkohol yang kuat daripada dia.

Bayi berkenaan telah dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Namun, mujurlah bayi tersebut terselamat dan tidak mengalami kecederaan yang parah.

Pemandu berusia 39 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis dan siasatan jenayah telah dilakukan.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa