Siakap Keli

(Video)”Kenapa Tak Tunggu Aku Abam”, Fad & Achey Teresak-Esak Menangis, Terkejut Abam Dah Tiada

Sebentar tadi, kita dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang insan seni berbakat besar, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, atau lebih dikenali oleh sebagai Bocey.

Berita pilu berkenaan sudah semestinya paling memberi kesan kepada dua sahabat seperjuangan Abam dalam kumpulan Bocey iaitu Achey dan juga Fad.

Achey dalam perkongsiannya di Instagram tidak dapat menahan rasa sebak dan dilihat mengalirkan air mata ketika berkongsi perkhabaran sedih itu dengan peminat-peminatnya.

”Kenapa awal sangat Bam, mana janji kau. Ya Allah, guys abam dah takda guys,” luah Achey.

Fad juga turut berkongsi berita sedih berkenaan di laman Instagramnya.

”Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar, innalillahiwainnailaihirojiun. Kenapa kau pergi dulu bam? Kenape tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nk peluk cium kauuuuuuuuu,” luah Fad.

Al-Fatihah untuk arwah Abam dan takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Achey Bocey

 

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.