Siakap Keli
Kredit: Google

Wakil WHO Bimbang Laporan Kes Libatkan Mangsa Tidak Pernah Bekunjung Ke China

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata penularan wabak koronavirus di beberapa negara di serata dunia setakat ini mungkin hanyalah permulaan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam tweet miliknya berkata, timbul kebimbangan mengenai laporan kes koronavirus yang menjangkiti individu-individu yang tiada sejarah berkunjung ke China.

Jumlah rendah kes yang berjaya dikesan ketika ini mungkin petanda wabak ini sudah tersebar di beberapa negara lain.

Dalam perkembangan yang lain, para pekerja di China mula bekerja setelah cuti tahun baru ditamatkan, lapor The Guardian.

Jalan raya di Beijing mula sibuk berbanding pada peringkat awal wabak merebak, namun pengangkutan awam terus sunyi dan hampir kosong. Beberapa penumpang turut memakai topeng muka ketika menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Sementara itu, sebahagian majikan turut meminta para pekerja untuk bekerja dari rumah bagi mengelakkan wabak menular.

Ahad lalu, sebanyak 97 kematian baru dicatatkan dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak penularan wabak pada Disember lalu.

Sehingga hari ini, seramai lebih 40,000 pesakit koronavirus dikesan di seluruh dunia dan sekurang-kurangnya 909 pesakit meninggal dunia.

Sumber: The Guardian

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.