Siakap Keli

Didakwa Potong Barisan Ketika Hendak Isi Gas NGV, Dua Pemandu Teksi Bergelut Sehingga Sebabkan Satu Kematian

Tular di media sosial beberapa keping gambar yang didakwa melibatkan dua orang pemandu teksi yang bergaduh sehingga menyebabkan kematian.

Kejadian tersebut dipercayai telah berlaku di sebuah stesen minyak di Salak Selatan. Difahamkan, kejadian tersebut berpunca daripada seorang pemandu teksi didakwa memotong giliran ketika beratur untuk mengisi gas NGV.

Menurut seorang wartawan yang bernama Mohd Redzuan Abdul Manap menerusi perkongsian di akaun Twitter, kejadian tersebut telah menyebabkan salah seorang daripada pemandu teksi tersebut maut di tempat kejadian.

Dalam satu kenyataan media daripada Ketua Polis Daerah Cheras yang turut dikongsikannya, siasatan awal yang dilakukan mendapati bahawa mangsa yang merupakan warga tempatan berumur 61 tahun telah bergelut dan bergaduh dengan suspek warganegara tempatan yang berumur 65 tahun.

Mayat mangsa dilaporkan telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk dibedah siasat. Siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.