Siakap Keli

Covid-19 : Pusat Beli-Belah Kosong, Bali Bertukar Jadi ‘Bandar Hantu’ Sepi Tanpa Pelancong

Bali yang menjadi tempat peranginan terkenal dan tumpuan pelancong kini menjadi lengang dari kunjungan ramai.

Ini berikutan larangan penerbangan pelancong China susulan penularan COVID-19 yang melanda beberapa negara di dunia termasuk Malaysia ketika ini.

Gambar : Dailymail

Difahamkan, pada Rabu, Indonesia telah menggantung penerbangan pergi dan balik ke tanah besar China, sekaligus menyebabkan 5,000 rakyat China terkandas di pulau tersebut.

Menurut salah seorang pelancong Australia yang berada di sana, kebimbangan paling besar adalah kemungkinan banyak perniagaan yang akan ditutup sekiranya keadaan tidak kembali pulih.

”Koronavirus telah memberi kesan yang besar kepada ekonomi Bali.

”Kami menginap di Anvaya yang indah (hotel) di Kuta dan penghuninya hanya 50 peratus, manakala kakitangan telah diberhentikan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Tambahnya lagi, pihak hotel memberitahu mereka mungkin perlu memberhentikan sementara pekerja untuk menampung kos operasi.

Gambar : Dailymail

Malah, dalam perkembangan lain, beberapa pelancong turut mengatakan bahawa hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman tangan turut sukar didapati di Bali apabila penduduk mula panik dan membelinya dari kedai-kedai.

Menurut rekod, rakyat China menjadi salah satu penyumbang terbesar ekonomi di Bali apabila seramai 2.1 juta orang China melancong ke wilayah tersebut.

Ini menjadikan negara Indonesia sebagai negara kedua paling popular selepas Malaysia.

Keadaan ekonomi bertambah buruk apabila Konsul Jeneral China di Denpasar Gou Haodong mengumumkan pada Khamis, bahawa mereka akan membawa pulang sekurang-kurangnya 250 orang warganegara China.

Kesemua mereka akan diterbangkan ke China menaiki pesawat khas Boeing 777.

Namun, ada di antaranya enggan pulang ke negara asal apabila terdapat 22 permohonan untuk melanjutkan visa telah diajukan kepada kerajaan di wilayah Bali.

Sumber : Dailymail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)