Siakap Keli

Nigeria Diancam Virus Demam Lassa, Mangsa Maut Meningkat Kepada 70 Orang

Angaka kematian akibat demam Lassa di Nigeria kini dilaporkan meningkat kepada 70 orang, lapor Al-Jazeera America.

Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan Nigeria (NCDC) yang bertanggungjawab dalam menguruskan penyakit berkenaan berkata, sebanyak tiga kematian baru dilaporkan di 3 negeri.

”4 orang petugas kesihatan turut dijangkiti yang bertugas di Ondo, Delta dan Kaduna,” kata NCDC dalam satu kenyataa.

Bilangan kes disyaki demam Lassa baru juga dikatakan meningkat mendadak berbanding pertengahan Januari, dari 700 kepada 1,708 kes.

Manakala jumlah kes yang sudah disahkan demam Lassa juga meningkat kepada 472 kes.

Demam Lassa menjangkiti manusia melalui makanan ataupun sentuhan pada barang-barang harian di rumah yang dicemari air kencing ataupun najis tikus.

Antara gejala penyakit berkenaan termasuklah demam panas, sakit kepala, sakit tekak dan juga batuk.

Penyakit ini merupakan satu keluarga dengan penyakit Ebolla dan Marburg tetapi dikategorikan sebagai ‘less deadly’.

Sehingga kini, tiada vaksin untuk demam Lassa.

Sumber: Al-Jazeera America

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.