Siakap Keli
Foto: Sofeanerrisya

Rafique Buta Mata Tapi Celik Hati, Pernah Dinobat Pelajar Cemerlang, Bakal Jadi Guru BM

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Segala kelebihan dan kekurangan yang dianugerahkan Allah. Benar, memperolehi pancaindera yang sempurna merupakan satu nikmat kepada kita untuk lebih bersyukur. Namun, kekurangan yang ada bukan penghalang untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) lebih maju ke depan.

Berbekalkan dengan prinsip tidak mudah putus asa walaupun dilahir dalam keadaan cacat penglihatan, Muhammad Rafique Farhan pernah dinobatkan pelajar cemerlang dan pernah mewakili Johor dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan dari 2013 hingga 2018.

Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh rakan seperjuangannya yang belajar bersama-sama di sebuah institusi perguruan di Selangor. Menerusi laman Twitter Danial Shazimi memuat naik satu video di mana Rafique yang mengalami kecacatan penglihatan sangat bagus dalam acara lompat jauh.

“Pernah tengok orang buta lompat jauh? Ha ni aku jadi jumpguide untuk dia tadi…”

Nama dia Rafiq. Dia pun bakal cikgu juga tau. Cikgu BM. Buta bukan penghalang…

Menurut Danial, rakannya itu sedang berpuasa. Ramai diantara mereka  yang terkejut apabila Rafique memberitahu bahawa dia sedang berpuasa.

Lelaki yang memakai baju bernombor 1 ini berjaya habiskan latihannya walaupun dalam keadaan berpuasa.

“Kau puasa??”

Bukan itu sahaja, SK sempat menghubungi kakak kepada Rafique untuk mengenal secara dekat tentang anak istimewa ini.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh Sofea menunjukkan bukan sahaja mahir dalam balapan malah dia juga mempunyai bakat yang terpendam kerana suka menyanyi.

Oleh itu, janganlah kita merendah-rendahkan kekurangan seseorang, kerana mereka mempunyai bakat yang lebih daripada orang biasa.

 

Sumber: DanialShazimi, Sofeanerrisya 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)