Siakap Keli
Gambar : Google

Vaksin Covid-19 Dijangka Siap Dalam Tempoh 18 Bulan – WHO

Geneva : Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa berkata vaksin pertama untuk COVID-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan, lapor agensi berita Xinhua.

Menerusi Twitternya beliau berkata “ada banyak yang boleh kita lakukan bagi mencegah penularan dan bersedia untuk mengawalnya daripada terus merebak.”

Terdahulu, pada taklimat akhbar beliau berkata “sekarang kita memerlukan pelaburan untuk menghentikan wabak COVID-19,” sambil menambah menghasilkan vaksin dan  terapeutik adalah agenda penting dalam penyelidikan.

“Kita bukan tidak berupaya untuk mempertahankan diri, kerana sekarang terdapat banyak dasar dan langkah pencegahan dalam kesihatan awam,” katanya.

“Jadi, kita perlu terus berusaha dengan menggunakan kelebihan yang ada bagi memerangi virus itu, sambil bersiap sedia untuk langkah jangka panjang,” tambahnya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.