Siakap Keli

Kerana Kuasa Tular, Lelaki Dirakam CCTV Ambil Duit Di ATM Pulangkan Semula Wang Pakcik Ishak

Semalam, tular satu rakaman CCTV yang menunjukkan tindakan seorang lelaki mengambil wang yang tertinggal di mesin ATM.

Menurut Ishak Ibrahim, mangsa kehilangan duit tersebut yang berkongsi rakaman berkenaan, kejadian berkenaan berlaku disebabkan dia dalam keadaan tergesa-gesa sehingga terlupa mengambil duit tersebut dan terus beredar dari ATM bekenaan.

Oleh itu, dia memohon orang ramai yang mengenali pelaku yang mengambil duit itu untuk memaklumkan kepadanya supaya memulangkan semula duit tersebut.

Katanya, wang berkenaan untuk digunakan dalam urusan yang mustahak.

Alhamdulillah, hasil bantuan ramai dan kuasa tular, lelaki berkenaan telah bertemu semula Pakcik Ishak untuk mengembalikan wang tersebut.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Pakcik Ishak di laman facebooknya.

”Alhamdulillah syukur. Allah sebaik baik pengatur. Semua yang berlaku hari ini merupakan satu pelajaran yang amat mahal.

Pakcik Ishak turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya termasuk Siakap keli yang melaporkan kejadian berkenaan semalam.

”Lihatlah kuasa viral mampu memecahkan kekusutan. Kuasa viral juga amat ditakuti. Sama ada kita terima yang baik-baik atau sebaliknya nauzubillah,” katanya.

Katanya lagi, dia belajar 3 perkara daripada insiden berkenaan iaitu lebih fokus di masa depan, berlapang dada memaafkan seseorang dan ramai orang di luar sana yang sentiasa sedia membantu kita ketika kesusahan.

Pakcik Ishak turut berterima kasih kepada lelaki berkenaan yang mengembalikan semula wangnya dan difahamkan majikan kepada lelaki tersebut turut membuat permohonan maaf kepadanya.

”Sebaik-baik manusia, manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”.

BACA: Ibarat Nak Pilih Pasangan Hidup, 7 ‘Checklist’ Ni Boleh Bantu Anda Dapatkan ‘Partner’ Yang Ideal

Sumber: Ishak Ibrahim

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.