Siakap Keli

(Video)Viral Aksi Lelaki Lari Pecut Dengan Kerbau, Didakwa Berjaya Pecah Rekod Dunia Usain Bolt

Usain Bolt mungkin mempunyai saingan terbaru bagi tahun ini. Seorang penduduk Karnataka dan joki Kambala hangat diperkatakan semalam selepas dia aksi pecutnya dalam perlumbaan kerbau tradisional, yang meliputi jarak 142.50 meter hanya dalam masa 13.62 saat.

Kiraan masa yang pantas sudah cukup untuk  menjadikan Srinivasa Gowda yang berusia 28 tahun sebagai pelari terpantas dalam sejarah sukan tradisional di rantau itu, sekaligus memecahkan rekod berusia 30 tahun. Ia juga membawa kepada perbandingan dengan sprint rekod dunia Usain Bolt 100 meter dalam hanya 9.58 saat.

Apabila Gowda berlari pada 142.50 meter dalam masa 13.62 saat, penyokong membuat pengiraan sekiranya dia berlari untuk jarak 100 meter. Ternyata hanya 9.55 saat, 0.03 saat lebih pantas daripada rekod Bolt.

Walaupun rekod tidak boleh dibandingkan dengan Bolt. Tetapi perlumbaan kerbau ini dijalankan di trek lembap, yang menyebabkan peserta menghadapi kesukaran untuk memecut sekaligus rekod Srinivasa lebih dikagumi.

Prestasi Gowda adalah amat luar biasa dengan sendirinya. Kambala adalah aktiviti larian tradisional purba kuno di ladang sawah berlumpur atau lembap di wilayah Mangalore dan Udupi di Karnataka.

Banyak kampung yang menganjurkan aktiviti larian Kambala di mana berpuluh pemuda yang bersemangat mengambil bahagian dengan kerbau terlatih yang terbaik. Menurut penduduk setempat yang menyaksikan acara tersebut, kegembiraan pada wajah berusia 28 tahun itu mencerminkan apa yang dimaksudkan sebagai penjaga kebudayaan dalam erti kata yang sebenarnya.

Selepas membuat kejutan, Gowda tersenyum memberitahu media bahawa dia terkejut dengan sambutan hebat yang dia dapat.

“Saya suka Kambala, kejayaan utama saya juga harus di beri kepada dua kerbau saya, mereka berlari dengan baik, saya mengejar mereka,” katanya.

Seluruh dunia telah menonton dan berkongsi di laman Twitter dan Facebook. Ada juga mencadangkan agar kerajaan melatihnya untuk  ke Sukan Olimpik.

Sumber : News 18

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul