Siakap Keli

“Kami Sama-Sama Berjuang,” BCL Dedah Kisah Sebagai “Wanita Bahagia” Di Samping Suami

Suami kepada Bunga Citra Lestari, Allahyarham Ashraf Daniel Bin Mohamed Sinclair, telah dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya pada Selasa pagi (18/2) ketika di usianya baru sahaja mencecah 40 tahun kerana serangan jantung.

Arwah meninggalkan seorang anak hasil perkahwinannya bersama dengan Bunga Citra Lestari yang diberi nama Noah Sinclair. Sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 lalu, arwah serta Bunga Citra Lestari tampak begitu bahagia.

Hal tersebut diakui sendiri oleh Bunga Citra Lestari. Menurutnya, kehidupan rumah tangganya sama sahaja seperti pasangan suami isteri yang lain.

“Kami sama-sama berjuang seperti pasangan suami isteri yang lain. Kami juga pasti pernah bermasalah dan kami juga ada detik-detik gembira kami,” ujar Bunga Citra Lestari kepada wartawan pada 5 Disember 2019.

Bunga Citra Lestari juga turut mendedahkan salah satu tips supaya rumah tangga menjadi lebih harmoni seperti dirinya dan arwah.

“Dari awal prinsip saya dan Ashraf adalah pada dasarnya, iaitu kami harus saling jujur dengan satu sama lain, adakah kami masih ingin berjuang bersama-sama atau tidak. Kalau tidak, tak mengapa, kami boleh jadi kawan,” katanya.

Bunga Citra Lestari juga menyatakan bahawa perasaan saling mencintai juga adalah salah satu asas rumah tangga mereka.

“Kami juga ada berjanji untuk jangan pernah bertahan dalam hubungan just because of anak. Jadi, kami perlu saling cinta dan mencintai. Takkan ada masalah untuk seorang anak jika ibu bapanya bercerai, kami masih boleh membahagiakan anak, tapi mungkin dengan cara yang berbeza, mungkin tidak perfect ,” kata Bunga Citra Lestari.

Dia turut menyatakan bahawa dia tidak boleh membayangkan kehidupannya tanpa suaminya itu.

“Sehingga ke hari ini, saya tidak dapat membayangkan hidup saya tanpa Ashraf. Jadi, mudah-mudahan kami berdua terus diberi kekuatan untuk boleh terus mencintai antara satu sama lain sampai bila-bila,” tambahnya.

 

Allahyarham Ashraf Daniel Bin Mohamed Sinclair atau lebih dikenali dengan Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Rumah Sakit MMC Kuningan, Jakarta.

Semoga arwah dipermudahkan urusan dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Sumber: Kumparan

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.